Tuesday, January 6, 2015

PERKENALAN
Sejarah kehadiran kaum cina bermula dengan berkembangan Melaka senagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala lumpur. Kehadiran merka membawa bersama adat resam,budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emasdan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah labu, cheongsam, baju shanghai dan samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.


Pakaian Tradisional Masyarakat Cina

Busana Kaum Cina 

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Kaum Cina merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil cheongsam ( perempuan ), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina menggunakan kain yang berwarna merah bagi upacara atau perayaan yang diraikan dengan gembira. Ini kerana mereka bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah. Manakala mereka menggunakan warna putih dam hitam bagi menunjukkan duka ataupun keadaan yang tidak baik.

Terdapat  pelbagai jenis- jenis pakaian kaum Cina
SAMFOO, HANFU, CHEONGSAM

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

HANFU

Orang Cina merupakan Suku Cina Han. Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.













Gambar ini merupakan gambar pakaian tradisonal kepada kaum perempuan bangsa Cina. Tetapi kaum perempuan bangsa Cina di Malaysia tidak lagi memakai pakaian ini kerana telah diganti dengan ceongsam atau pakaian berbentuk barat.