PERKENALAN
Sejarah
kehadiran kaum cina bermula dengan berkembangan Melaka senagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala lumpur. Kehadiran merka membawa
bersama adat resam,budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana
klasik cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emasdan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.
Jubah labu, cheongsam, baju shanghai dan samfoo kekal dipakai di dalam majlis
dan upacara.
Pakaian
Tradisional Masyarakat Cina
Busana
Kaum Cina
Sejarah
kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan,
diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama
bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan
corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana
tempatan.
Busana
klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di
dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias
benang emas dan perak.
Kaum Cina
merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai adat resam dan kepercayaan yang
tersendiri. Kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil
cheongsam ( perempuan ), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina menggunakan kain
yang berwarna merah bagi upacara atau perayaan yang diraikan dengan gembira.
Ini kerana mereka bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah. Manakala mereka
menggunakan warna putih dam hitam bagi menunjukkan duka ataupun keadaan yang
tidak baik.
Terdapat pelbagai jenis- jenis pakaian kaum Cina
SAMFOO, HANFU, CHEONGSAM
Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita
Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju
Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina di Malaysia.
HANFU
Orang
Cina merupakan Suku Cina Han. Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar kaum
Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.
Gambar ini
merupakan gambar pakaian tradisonal kepada kaum perempuan bangsa Cina. Tetapi
kaum perempuan bangsa Cina di Malaysia tidak lagi memakai pakaian ini kerana
telah diganti dengan ceongsam atau pakaian berbentuk barat.
Orang Cina merupakan Suku Cina Han. Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.
No comments:
Post a Comment